Rabu, 27 Mei 2009

Apa itu MRI



MRI (Magnetic Resonance Imaging) merupakan satu kaedah pemeriksaan untuk menentukan jenis penyakit. MRI melibatkan pengunaan gelombang radio dan magnet berkuasa tinggi. Pemeriksaan ini amat berguna untuk meninjau sistem saraf, sendi dan tulang belakang.
Kelebihan MRI berbanding peralatan lain ialah gambar yang terhasil lebih jelas serta boleh dilihat dari berbagai sisi dan ia tidak melibatkan pengunaan radiasi. Selepas pemeriksaan, pakar radiologi akan meneliti imej-imej yang dihasilkan untuk mengesan sebarang 'abnormality' atau masalah kesihatan pada bahagian yang diperiksa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar